Kematian akibat Covid-19 di Indonesia lepasi angka 4,000

Iklan
Kakitangan perubatan mengambil sampel darah dari seorang wanita untuk ujian Covid-19 di Jakarta, Indonesia. Foto: Xinhua

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini meningkat kepada 84,882 kes, menyaksikan tambahan jangkitan baharu sebanyak 1,752 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat pandemik itu kini 4,016 orang.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 37,593 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,349 kes diikuti Jakarta (727 kes), Jawa Tengah (300), Sulawesi Selatan (270) dan selebihnya wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Iklan
Iklan