Muzzammil nafi tarik diri tanding Ketua Armada

Iklan
Muzzammil

SHAH ALAM - Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional, Muzzammil Ismail menafikan beliau menarik diri untuk bertanding sebagai calon Ketua Armada.

Menurutnya, sebelum ini ada desas-desus di peringkat Armada yang mengatakan beliau telah menarik diri daripada bertanding bagi jawatan itu sehingga ke pengetahuan media.

Iklan
Iklan

"Memang benar rundingan antara saya dan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berlaku. Saya melihatnya dari pelbagai aspek dan implikasi terbaik serta membuka ruang rundingan agar kita lebih matang dan tidak jumud.

ARTIKEL BERKAITAN: Muzzammil sah cabar Syed Saddiq

Iklan

"Saya tidak mahu dipanggil seorang yang keras kepala, sombong atau tidak boleh berunding. Malah saya juga perlu berfikiran ke hadapan untuk masa depan Armada dan Bersatu yang memerlukan nakhoda terbaik dalam kalangan mereka yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muzzammil bagaimanapun berkata, proses rundingan itu boleh dikatakan tidak mencapai kata sepakat dan beliau turut menerima tekanan daripada Armada di peringkat Cawangan dan Bahagian agar proses pemilihan Ketua Armada dapat diadakan bagi menjunjung semangat demokrasi dalam parti.

Iklan

Katanya, ia adalah pemilihan kali pertama parti dan apa juga keputusannya sokongan terhadap parti, kepimpinan utama dan Presiden tidak akan berkurang.

"Usaha meneruskan pertandingan yang telah digerakkan sejak setahun yang lalu demi memastikan perubahan besar dalam Armada, sekali gus memulihkan semula organisasi dan sistem perkaderan Armada.

"Selain itu, usaha ini juga berperanan sebagai mempersiapkan jentera yang dilatih untuk menjadi barisan hadapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ini juga merupakan perkara utama kenapa kepimpinan Armada perlu dipilih oleh akar umbi dan bukannya tanpa pertandingan,” katanya.

Muzzammil berkata, sekiranya rezeki menyebelahinya dan pasukan, beliau akan memastikan Armada akan menjadi satu dan Bersatu dalam satu saf yang lebih kuat.