Pilihan raya kerajaan tempatan untungkan DAP, kata Muslimat Pas

Iklan
Wan Hasrina

SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas Selangor menolak sebarang usaha bagi melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, cadangan bagi melaksanakan pilihan raya itu sering dilaungkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan dilihat mempunyai agenda tertentu khususnya bagi memperkukuhkan kedudukan politik DAP.

Iklan
Iklan

"Adalah tidak masuk akal sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini masih mahu melaksanakan pilihan raya itu selepas mengambil alih pentadbiran negara.

ARTIKEL BERKAITAN: KPKT mahu teruskan pilihan raya kerajaan tempatan

Iklan

Pilihan raya kerajaan tempatan bazir wang rakyat: Pakar

"Pas dan UMNO mengambil sikap semak dan imbang dan bukannya 'yes man' dalam membuat keputusan demi memastikan kestabilan politik negara walaupun cadangan tersebut disuarakan oleh menteri dari PN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memaklumkan kementeriannya menetapkan sasaran untuk membentangkan usul pilihan raya kerajaan tempatan semasa sidang Dewan Rakyat pada pertengahan tahun hadapan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wan Hasrina berkata, selain tidak relevan, pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan ini akan mengakibatkan pembaziran besar selain mampu mengukuhkan kedudukan DAP melalui undi khususnya di pihak berkuasa tempatan (PBT) bandar yang majoriti penduduknya bukan Melayu.

"Gesaan untuk menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan ini turut mendapat persetujuan Muafakat Nasional Wanita Selangor menerusi mesyuarat yang berlangsung pada Khamis lalu.

"Jagalah perpaduan yang dibentuk, bijak dalam bermuafakat dan bekerjasama dalam memakmurkan negeri serta negara," katanya.