Lemur kembar lahir di Zoo Singapura

Iklan
Spesies terancam, kembar lemur lahir di Zoo Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA - Sepasang kembar lemur daripada spesies berekor merah dilahirkan di Zoo Singapura.

Ia merupakan kelahiran pertama spesies terancam yang bermata sepet dikatakan berasal dari Madagascar, kata Pegawai Pemuliharaan Hidupan Liar Singapura, lapor Reuters.

Iklan
Iklan

"Kehadiran haiwan kembar yang belum dinamakan itu 'begitu istimewa' kerana haiwan itu membiak sekali dalam setahun," katanya.

Lemur berbulu tebal itu berwarna perang mempunyai wajah, tangan, kaki, ekor berwarna hitam, manakala ada tompok unik di kepalanya.

Iklan

Spesies terakhir yang dilahirkan di zoo berkenaan adalah bapa kepada kembar itu, iaitu Bosco kira-kira 11 tahun lalu.

Ibunya dinamakan Minnie berusia lapan tahun tiba di Singapura dari zoo Jepun pada 2016.

Iklan

Haiwan itu kini menjadi tumpuan pengunjung zoo berkenaan selepas zoo itu ditutup sementara kerana penularan Covid-19.