WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kepimpinan Senat Amerika Syarikat (AS) mencapai kesepakatan dwipartisan untuk mengundi tentang dana tembok sempadan berjumlah AS$5.7 bilion (RM23.5 bilion) yang diminta Presiden Donald Trump dan membuka semula kerajaan persekutuan yang ditutup separa selama lebih sebulan.
Keputusan itu diumum Senat, semalam selepas mereka mencapai persetujuan untuk mengadakan kedua-dua undian termasuk melanjutkan tempoh perlindungan migran kepada tiga tahun itu pada esok.