BANGKOK - THAILAND. Pilihan Raya Umum Thailand yang pertama sejak rampasan kuasa pada 2014 akan diadakan pada 24 Mac depan, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
"Tarikh 24 Mac telah dipilih untuk pemilihan tersebut," kata pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, beberapa jam selepas dekri ditandatangani Raja Maha Vajiralongkorn yang meluluskan pilihan raya dikeluarkan.