JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang hilang ketika mandi berhampiran restoran makanan segera di pantai Lido di sini petang semalam ditemukan mati lemas pagi ini.
Mayat Ong Yen Suan, 37, ditemukan hanyut kira-kira 50 meter dari lokasinya dilaporkan hilang.
Menurut komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abd Jamal berkata, lelaki itu dilaporkan hilang pada jam 5.54 petang semalam.
"Pagi ini kita meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum menemui mangsa yang memakai baju T merah terapung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Difahamkan saksi melihat mangsa yang meletakkan kereta dipandunya di kawasan parkir terus berenang sejauh 200 meter ke dalam pantai Lido sebelum hilang.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hilang ketika mandi di Pantai Lido