JITRA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah akan melaksanakan pemutihan ahli bagi memastikan parti berkenaan lebih bersih, kemas dan tersusun.
Ketua Srikandi Bersatu Kedah, Halimaton Shaadiah Saad berkata, tindakan itu juga sekali gus bagi mengeluarkan ahli yang tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tindakan beberapa ahli parti yang menyokong kumpulan Bersatu Blackout jelas melanggar peraturan dan perlembagaan parti dan secara tidak langsung keahlian mereka juga tergugur.
"Senarai nama itu sudah ada dan kita akan serahkan kepada badan tindakan disiplin. Mereka yang akan membuat keputusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Halimaton berkata, tidak ada unsur fitnah dalam senarai nama berkenaan kerana nama berkenaan secara terang-terangan telah menunjukkan sokongan terhadap Bersatu Blackout.
"Contohnya, mereka muncul di beberapa program yang dianjurkan pihak sebelah sana (Bersatu Blackout). Jadi mereka sendiri yang isytihar berada di blok sana," katanya.
Artikel Berkaitan