Tanjak warisan

Iklan
Guru silat, Nor Heryhelmi Saibon,40, menunjukkan tanjak yang dihasilkan di rumahnya di Kampung Paya Kerchut di sini, hari ini.

Penglibatannya bersama seorang lagi rakan, Mohd Nahar Faizal Yahya Arif, 34 bermula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada Mac lalu bagi mencari pendapatan baharu setelah kerajaan masih tidak membenarkan aktiviti sukan termasuklah mengajar silat di sekolah-sekolah sehingga kini.

Ketekunan dan kegigihan mereka akhirnya berjaya menghasilkan 17 jenis rekaan tanjak yang dijual antara RM55 hingga RM85 seunit.

Antara yang mendapat permintaan ialah Adie Guru, Balong Raja, Dang Selembu, Nakhoda Trong, Dendam Layar, Bahtera Hitam, Sisir Panglima, Pancung Tak Bertanya, Helang Menyongsong Angin, Helang Menyongsong Langit, Naga Sari, dan Ayam Patah Kepak. - Foto Bernama