JAKARTA - Indonesia mencatatkan sejumlah 127 kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam yang tertinggi sejak kes kematian pertama pada 11 Mac menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini ialah 4,143 orang.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga jam 12 tengah hari ini sebanyak 1,639 kes positif baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 86,521 kes.
Iklan
Iklan
"Sebanyak 37,505 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya dalam sidang akhbar harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,401 kes diikuti Jakarta (736 kes), Jawa Tengah (323), Sulawesi Selatan (279) dan selebihnya wilayah lain di Indonesia.
Daripada 127 kematian dalam tempoh 24 jam lepas itu, sebanyak 52 kes berlaku di Jawa Timur, 23 di Jawa Tengah, sembilan di Jakarta dan selebihnya di wilayah lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kes keseluruhan tertinggi iaitu 18,308 diikuti Jakarta (16,538) dan selebihnya di wilayah lain. - Bernama
Artikel Berkaitan