Jalan ditutup susulan tanah mendap, tembok runtuh

Iklan
Keadaan mendapan jalan di Jalan Taman U Thant.

KUALA LUMPUR - Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah awal menutup laluan ke Residensi 16, Jalan Taman U Thant di sini susulan kejadian jalan mendap dan tembok runtuh yang dilaporkan pada jam 3.30 petang tadi.

Mendapan hampir satu meter itu menyebabkan pokok dan tiang kabel di sekitarnya condong serta hampir tumbang.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, keadaan itu menyebabkan laluan tersebut berbahaya untuk digunakan dan langkah mengepung kawasan mendapan dilakukan bagi keselamatan pengguna.

Keadaan mendapan di Jalan Taman U Thant.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut mendapati aliran air di kawasan mendapan dipercayai berpunca dari paip pecah.

Iklan

"DBKL telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang telah tiba di lokasi untuk pemeriksaan lanjut dengan membuat penutupan bekalan.

"Terdapat juga kemungkinan aliran air itu disebabkan kerosakan pada longkang jalan yang menyebabkan mendapan. Dijangka Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) akan dipanggil untuk menjalankan siasatan esok," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Jalan ke Residensi 16, Jalan Taman U Thant ditutup sebagai langkah keselamatan.

Iklan

Nor Hisham berkata, syarikat utiliti terlibat juga telah dimaklumkan supaya mengambil tindakan lanjut.

"Kerja baik pulih sedang giat dilaksanakan selain pemantauan di lokasi juga diteruskan," katanya.