Memulihkan ekonomi selepas krisis

Iklan
- Foto hiasan 123RF

TIADA siapa yang dapat menduga bahawa Covid-19 telah menjadi satu krisis yang begitu besar dan menjejaskan ekonomi dunia pada tahun 2020.

Bank Dunia menganggarkan 90 peratus daripada ekonomi dunia akan mengalami penguncupan pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Kesan pandemik itu dijangka menyebabkan peningkatan kemiskinan ekstrem global buat pertama kalinya sejak tahun 1998.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, terdapat tanda-tanda menggalakkan yang menunjukkan bahawa Malaysia mampu menangani krisis ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain.

Iklan

Walaupun kita menjangka ekonomi menguncup dengan ketara pada tahun ini, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turun sebanyak 3.1 peratus, termasuk penguncupan yang ketara pada suku kedua serta ketidaktentuan terhadap pemulihan ekonomi, kita masih lagi ada harapan.

Kerajaan menggerakkan strategi enam peringkat yang mampu memacu semula ekonomi secara kukuh dan berdaya tahan. Malaysia telah memasuki peringkat pemulihan keempat yang menjadi asas kepada peringkat yang seterusnya dalam usaha menghidupkan dan membentuk semula ekonomi.

Iklan

Sejak sebelum krisis Covid-19 lagi, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mula merasakan bahawa pertumbuhan telah menjadi semakin tidak menyeluruh dengan kadar pertumbuhan pendapatan tidak sejajar dengan kos sara hidup.

Kami cuba menyelami isu ini dalam edisi terkini Malaysia Economic Monitor, bukan sekadar melihat bagaimana negara dapat mengharungi krisis yang dibawa oleh wabak Covid-19, tetapi mengambil peluang daripada krisis ini untuk muncul dengan lebih gagah lagi. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.

Secara jangka pendek kerajaan mungkin perlu melakukan lebih lagi untuk melindungi mereka yang sangat memerlukan terutama isi rumah dan perniagaan yang mudah terjejas, walaupun sokongan dasar yang penting telah pun dilaksanakan.

Walaupun sesetengah aktiviti ekonomi akan meningkat semula selepas sekatan pergerakan ditamatkan, namun pendapatan dan peluang pekerjaan akan mengambil masa untuk pulih.

Ini mungkin bermakna bantuan kewangan tambahan perlu diberikan kepada golongan yang terjejas, terutamanya kumpulan B40 yang tiada wang simpanan dan rangkaian sokongan untuk berdepan dengan kesan berpanjangan yang menjejaskan punca pendapatan mereka. Langkah

Walaupun sesetengah ruang boleh diwujudkan dengan memperuntukkan semula perbelanjaan awam bukan teras dan mengembangkan hasil bukan cukai (memastikan sumbangan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan untuk perbendaharaan).

Namun, apa yang diperlukan adalah untuk menghentikan buat sementara had jumlah dan penggunaan pinjaman yang dikenakan peraturan fiskal Malaysia.

Secara jangka sederhana, langkah yang perlu diambil adalah dengan menyediakan ekonomi untuk beroperasi di bawah normal baharu.

Ini bermakna memulihkan penampan fiskal Malaysia untuk bersedia menghadapi krisis yang akan datang.

Apabila ekonomi pulih nanti, langkah pembaharuan perlu diambil untuk meningkatkan hasil cukai. Fokus utama juga perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula tenaga kerja dalam ekonomi baharu, serta merancakkan agenda digital dan mengurangkan jurang digital.

Sekarang adalah masa untuk mengatur perubahan menyeluruh bagi membantu melonjakkan negara ke peringkat yang seterusnya untuk terus membangun pada tahun-tahun yang akan datang. Usaha yang dijalankan oleh Bank Dunia menunjukkan bahawa walaupun Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun yang akan datang, namun terdapat jurang besar dalam rangka kerja dasar yang menghalang negara daripada mencapai potensi penuhnya bahkan jurang ini menjadi lebih memudaratkan semasa krisis.

Maka, sekarang adalah masanya untuk merancang dan melaksanakan dasar yang akan membantu meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, meningkatkan kualiti modal insan, meningkatkan daya saing, mewujudkan pekerjaan yang berkualiti, memodenkan institusi dan mempromosikan rangkuman melalui rangka kerja perlindungan sosial yang lebih kukuh yang sesuai dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju.

* Ndiamé Diop ialah Pengarah Negara Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand, Asia Timur dan Pasifik