FGV tambah aset kukuhkan perniagaan logistik

Iklan
Salah satu trak pembuang FGV Transport yang digunakan untuk mengangkut dedak isirung sawit, baja, tempurung isirung sawit, gula mentah dan jagung dari pelabuhan ke gudang.

FGV Holdings Berhad (FGV) akan meningkatkan pendapatan dalam perniagaan logistik diceburi dengan menambah bilangan aset dimiliki seperti lori tangki, treler tirai tepi dan trak pembuang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, aset tambahan itu dijangka mampu meningkatkan kekuatan logistiknya di bawah FGV Transport Sdn Bhd (FGV Transport).

Iklan
Iklan

"FGV Transport memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan syarikat, sekali gus menjadi pengendali pengangkutan produk sawit terbesar di negara ini.

"Justeru, kami merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan diceburi sebagai penyedia perkhidmatan logistik yang cekap dan boleh dipercayai sejajar dengan permintaan industri,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

FGV Transport memiliki hampir 500 kenderaan merangkumi lori tangki, kargo dan kurier serta 14 hab termasuk lima depot utama serta sembilan sub-depot.