The FinLab Online ubah bisnes PKS, syarikat pemula kepada digital

Iklan
Wong Kim Choong

UNITED Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) dengan kerjasama The FinLab telah melancarkan The FinLab Online, sebuah platform digital serantau untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan syarikat pemula mengubah perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia,Wong Kim Choong berkata, platform berkenaan menampilkan program Jom2 Transformasi yang bertujuan membantu PKS tempatan mendigitalkan operasi mereka, sekali gus meningkatkan produktiviti dan menjana pertumbuhan hasil.

Iklan
Iklan

"PKS yang mengambil bahagian dalam program Jom2 Transform pada tahun ini akan mengikuti kurikulum selama sebulan di The FinLab Online.

"Mereka dapat memanfaatkan kepakaran mentor industri dari UOB dan rakan ekosistem serantaunya menerusi bengkel dalam talian, tutorial video dan webinar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

The FinLab Online turut disertai oleh Perbadanan Ekonomi Digit al Malaysia (MDEC) yang bertindak sebagai rakan strategik dan penasihat di ruang digitalisasi.

Ia diwujudkan di bawah sokongan Geran Automasi Pintar3 yang akan ditawarkan oleh MDEC kepada perniagaan yang mengambil bahagian.

Iklan

Sementara itu, Ketua Bersama The FinLab, Pauline Sim berkata, program menerapkan digitalisasi untuk mencapai salah satu hasil daripada matlamat perniagaan seperti peningkatan hasil, pengurangan kos, penambahbaikan kitaran masa proses, pengurangan jam kerja atau penghasilan sumber pertumbuhan baharu,” katanya.

"Kerjasama antara UOB Malaysia dan The FinLab dengan MDEC menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 100 PKS di Malaysia mendigitalisasasikan perniagaan mereka,” katanya.