Rapid KL optimis capai sasaran

Iklan
MRT Laluan Kajang telah meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju dari segi kemudahan pengangkutan awam.

RAPID KL optimis operasi MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) optimis mampu menjadi penyumbang terbesar dalam kadar penggunaan pengangkutan awam, sekali gus bangkit daripada impak buruk akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias berkata, berdasarkan pola jumlah penumpang rel urban terkini, perkhidmatan Transit Aliran Masa (MRT) Laluan Kajang berpotensi besar untuk terus berkembang maju dan berkeupayaan untuk menggantikan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sebagai penyumbang terbesar jumlah penumpang rel kendalian Prasarana.

Iklan
Iklan

"MRT SBK (Sungai Buloh-Kajang) yang kini bergelar MRT Laluan Kajang telah meletakkan Malaysia setanding dengan negara maju dari segi kemudahannya.

"Kami percaya dengan pertumbuhan bandar baharu di jajaran berkenaan, jumlah penumpang akan terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Katanya, antara projek pembangunan utama sepanjang jajaran berkenaan ialah hab komersial integrasi berhampiran Stesen Kwasa Damansara, pembangunan di sekitar Stesen Kwasa Sentral, Pavilion Lifestyle Mall di Stesen Pusat Bandar Damansara, Menara The Exchange 106 di Stesen Tun Razak Exchange dan Menara KL 118 di Stesen Merdeka.

Beliau berkata, dengan sokongan inisiatif pas perjalanan tanpa had My100 yang diperkenalkan oleh Prasarana pada 1 Januari 2019, MRT Laluan Kajang mencatat 63,952,805 juta jumlah penumpang pada tahun lepas.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, momentum tersebut terjejas pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lepas.

"Purata jumlah penumpang harian MRT Laluan Kajang mencatatkan penurunan sebanyak 80,000 untuk enam bulan pertama 2020 kerana hampir empat bulan terjejas teruk akibat Covid-19.

"Namun, kami yakin Malaysia akan menang dalam perjuangan menentang Covid-19 dan ekonomi negara khususnya di Lembah Klang dan Selangor menjadi semakin rancak dengan rangsangan daripada perkhidmatan pengangkutan awam berkelas dunia ini,” katanya.