Polis tahan OKU warga India memandu ketika mabuk
Iklan
Seorang pelancong dari India ditahan selepas melanggar beberapa kenderaan di Jalan Pantai Chenang, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. - Gambar hiasan 123RF
LANGKAWI - Polis Langkawi menahan seorang pelancong dari India selepas lelaki kurang upaya itu melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Pantai Chenang di sini, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian 8.20 pagi itu, lelaki tersebut yang tiada kaki kiri, melanggar kenderaan yang diletak di kawasan letak kereta sebuah chalet di situ.
Iklan
Iklan
"Kemalangan berlaku apabila lelaki itu yang datang dari arah Jalan Pantai Chenang masuk ke kawasan parkir Langkapuri Inn untuk ke kedai runcit. Ketika membuat pusingan ‘U’ di kawasan parkir tersebut, suspek telah hilang kawalan dan melanggar kereta di sebelah kiri jalan menyebabkan kereta itu ditolak lalu melanggar sebuah lagi kereta di sebelahnya.
"Kemudiannya suspek terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar dua lagi kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Mohd Iqbal berkata, suspek ditahan selepas gagal ujian saringan awal pernafasan.
"Lelaki itu juga didapati tiada lesen memandu,” katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 54A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>