Bayi perempuan ditemui dalam kotak air mineral

Iklan
Bayi yang ditemui orang awam di dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Kuala Ampang hari ini.

AMPANG - Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui di dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Kuala Ampang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, orang awam menghubungi Balai Polis Hulu Kelang bagi memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

"Kita mendapati bayi berkenaan masih bertali pusat dan beruri yang diletakkan di dalam kotak dan ditutupi dengan daun.

"Bayi berkenaan kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Noor Azmi berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen atau barang milik bayi berkenaan.

"Bayi seberat 2.8 kilogram itu dipercayai dilahirkan tidak sampai 24 jam," katanya.

Iklan

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu buang bayi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.