Takut video aksi ghairah tular, lelaki terpaksa bayar RM13,000

Iklan
AA Anbalagan

BAYAN LEPAS - Seorang staf kejuruteraan sebuah kilang di Bayan Baru terpaksa membayar RM13,000 kepada seorang individu yang tidak dikenali kerana takut video aksi ghairahnya tersebar.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, lelaki berusia 25 tahun itu dikatakan menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengugut mahu menyebarkan video berkenaan sekiranya dia tidak memberikan wang yang diminta.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, siasatan mendapati sebelum menerima ugutan itu lelaki terbabit ada melakukan panggilan video sambil beronani bersama seorang perempuan yang tidak dikenali dalam satu aplikasi sosial.

Menurutnya, sebaik selesai membuat panggilan video lelaki terbabit menerima mesej ugutan dari nombor yang tidak dikenali dan mengarahkan dia menyediakan wang RM13,000.

Iklan

"Bimbang video aksi terlampaunya disebarkan individu terbabit, lelaki berkenaan menuruti kehendaknya dengan membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian.

"Selepas rasa diperdaya dengan ugutan itu, lelaki berkenaan tampil membuat laporan polis pagi semalam,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Anbalagan berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terbabit dalam kegiatan memeras ugut menggunakan video bogel dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.