Polis maut dipercayai tembak diri sendiri

Iklan
Mangsa berpangkat koperal daripada Polis Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq dilaporkan menggunakan senjata api jenis M4 dengan menembak diri sendiri di bahagian kepala

MANJUNG - [DIKEMASKINI] Seorang anggota polis meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri dalam satu kejadian di Berek Polis Pantai Remis, di sini malam tadi.

Maklumat awal menyebut, mangsa berpangkat koperal daripada Polis Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq dilaporkan menggunakan senjata api jenis M4 dengan menembak diri sendiri di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Maklumat kejadian itu diterima pada jam 9.25 malam, namun mangsa yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam.

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pengkalan Hulu dalam penugasan Op Benteng Covid-19 Manjung.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan