SIMPANG RENGGAM - Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) menawarkan diskaun 50 hingga 70 peratus bagi bayaran tunggakan kompaun tempat letak kereta mulai 1 Ogos depan.
Yang Dipertua MDSR, Mohamad Sukry Abd Rahim berkata, tawaran berkenaan akan berakhir pada 30 September.
Iklan
Iklan
"Mengikut rekod kira-kira RM130,419 jumlah kompaun bagi tahun 2019 masih belum dibayar manakala RM72,225 bagi bulan Januari hingga Jun tahun ini," katanya selepas Town Hall bersama komuniti daripada masyarakat India di Dewan Orang Ramai Renggam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Renggam, Dr Nor Sajaya Saat.
Dalam pada itu, MDSR yang turut menyediakan program MDSR Prihatin menyampaikan sumbangan Bakul Rezeki kepada 10 orang penerima.