Kejayaan Quartararo lonjak jenama Malaysia

Iklan
Fabio Quartararo meraih kejuaraan sulung MotoGP di Litar Jerez, Sepanyol semalam. - Foto MotoGP

KUALA LUMPUR - Kejayaan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo meraih kejuaraan sulung MotoGP di Litar Jerez, Sepanyol semalam telah mengharumkan jenama Malaysia di pentas sukan permotoran antarabangsa.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, kejayaan yang dilakar pelumba dari Perancis itu turut menaikkan jenama Petronas dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam saingan kelas premier perlumbaan dua roda berkenaan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, saya masih tidak percaya dengan apa yang terjadi, namun itulah keputusannya, kita dapat nombor satu.

"Pasukan satelit (Yamaha) pertama meraih kemenangan dalam sejarah perlumbaan MotoGP sejak 22 tahun lepas,” kata Razlan dalam satu rakaman video pendek selepas perlumbaan itu.

Iklan

Razlan berkata, Petronas Yamaha SRT terus melakukan persiapan rapi bagi menghadapi saingan GP Andalusia yang dijadual berlangsung minggu depan di litar yang sama.

Quartararo, 21, yang bermula di petak depan mendahului pelumba Sepanyol Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha dan pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dari Itali yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.

Iklan

Perlumbaan pembukaan MotoGP musim ini turut menyaksikan juara dunia, Marc Marquez gagal menamatkan perlumbaan ekoran terjatuh ketika di pusingan ke-22 manakala seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli menamatkan saingan di tempat kelima. - Bernama