Bujang 'senja' lakukan amang seksual budak 8 tahun

Iklan
Abdul Rahman ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, 9 Julai lalu.

MELAKA TENGAH - Seorang warga emas dijatuhi hukuman lapan tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh Abdul Rahman Ahmad, 70, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman yang bekerja sebagai nelayan didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara mencium buah dada serta kemaluan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam sebuah pondok di kawasan semak di tepi Jalan Syed Abdul Aziz, kira-kira jam 3.30 petang 9 Julai lalu.

Iklan

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, ibu mangsa yang berusia 33 tahun dimaklumkan anaknya itu keluar mengikut seorang warga emas iaitu tertuduh dengan menaiki basikal sebelum bertindak keluar dan mencari anak sulungnya itu.

Iklan

Dia yang berada di luar rumah kemudian didatangi mangsa dalam keadaan berlari dan memaklumkan warga emas itu mencium alat sulitnya selain memintanya untuk merahsiakan perbuatan terkutuk itu.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang masih bujang dalam rayuan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadapnya.