SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin di dinding bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Alam Shah, baginda bertitah, contengan kata-kata kesat di atas lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta beberapa pemimpin lain sebagai perbuatan yang sangat biadab.