Perdana Menteri minta normal baharu diteruskan

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perutusan Khas Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat di negara ini meneruskan normal baharu dengan mengamalkan penjarakkan sosial, memakai pelitup muka di tempat awam dan kerap membersihkan tangan.

Katanya, normal lama seperti berjabat tangan dilihat kembali diamalkan bahkan ada yang berpelukan antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Ya, itu bagus untuk mengeratkan persahabatan dan persaudaraan tetapi jangan kita lupa negara masih berada dalam fasa pemulihan Covid-19.

"Amalan ini baik dalam konteks pergaulan sosial namun amat tidak baik ketika kita berusaha untuk melindungi diri dan orang di sekeliling kita daripada dijangkiti virus Covid-19," katanya pada Sidang Media Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, sejak PKPP dilaksanakan pada 10 Jun lalu, rakyat negara ini dapat kembali menjalani kehidupan hampir seperti biasa seperti keluar bekerja, berniaga, mengunjungi pusat membeli-belah dan beriadah bersama keluarga.

"Selepas larangan merentas negeri ditarik balik, saya perhatikan ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman dan bercuti di dalam negara.

Iklan

Jelasnya, berdasarkan kepada situasi tersebut, ia satu petanda yang baik kepada sektor ekonomi.

"Insya-ALLAH, sekiranya trend ini berterusan, ekonomi negara kita dapat pulih dengan lebih cepat," katanya.