Rayer persoal MP PN tidak bangkitkan isu arwab Adib

Iklan
Isu Allahyarham Adib dikatakan dimainkan parti pemerintah sekarang pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) seperti Cameron Highlands dan Tanjung Piai sehingga menyebabkan calon Pakatan Harapan (PH) kecundang.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang akan terus memperjuangkan nasib Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dengan memastikan pelaku yang menyebabkan kematian anggota bomba itu dihadapkan ke muka pengadilan.

RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata, pelaku kes tersebut perlu dituduh di mahkamah bagi membela kematian Muhammad Adib.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu Allahyarham Adib dimainkan parti pemerintah sekarang pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) seperti Cameron Highlands dan Tanjung Piai sehingga menyebabkan calon Pakatan Harapan (PH) kecundang.

"Tetapi isu ini tiba-tiba senyap, tidak dibangkitkan malah minggu kedua mendengar perbahasan dan isu ini tidak dibangkitkan langsung parti pemerintah terutama Perikatan Nasional (PN).

Iklan

"Saya nak lontarkan persoalan kepada Menteri Perundangan (Datuk Takiyuddin Hassan) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainudin).

"Kenapakah tiba-tiba apabila PN memerintah, isu berkenaan dengan arwah Adib ini tidak diberi sebarang perhatian?” soalnya ketika membahaskan Titah Diraja pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Iklan

Kenyataan Rayer mendapat bantahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) apabila bangun mencelah dengan menyatakan Ahli Parlimen Jelutong itu mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat mengikut Perkara 36 (12).

Ahmad Fadhli berkata, beliau ada membangkitkan isu arwab Muhammad Adib dalam ucapannya pada minggu lepas selepas ditanya oleh Rayer.

"Jadi Jelutong kena betulkan sedikit bahasa beliau,” katanya.

Bagaimanapun, Rayer dalam jawapan balas menjelaskan bahawa Ahmad Fadhli menyentuh isu tersebut hanya selepas beliau melontarkan persoalan mengenai perkara terbabit.

"Perkara ini tidak dibangkitkan semasa ucapan oleh YB (Yang Berhormat) sendiri.

"Ada perbezaannya. Ini isu penting, saya tidak mahu bermain politik," ujar Rayer.

Ahmad Fadhli sekali lagi bangun menegaskan bahawa tidak adil sekiranya Rayer menyatakan isu Adib tidak dibangkitkan walaupun beliau sudah meminta ucapan Rayer dimasukkan ke dalam ucapan beliau pada minggu lepas.

Rayer kemudian membalas dengan memohon maaf dan menarik balik kata-katanya.

"Isu Adib dan keluarga beliau harus diberi perhatian.

"Baru-baru ini sungguh tidak bertanggungjawab bagi menteri-menteri PN untuk menyerahkan tanggungjawab itu kepada keluarga Adib menyaman polis sekiranya ingin berbuat demikian," katanya.