Kecam perbuatan conteng mural Agong

Iklan
Pelukis Muhammad Suhaimi Ali, 27, (tiga, kiri), Firdaus Nordin (dua, kanan) dan Abdul Hadi Ramli (empat, kiri) bersama pegawai polis berada di lokasi mural dan potret lukisan pemimpin negara diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Ahli Parlimen dan pemimpin politik mengecam perbuatan vandalisme menconteng mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddun Al-Mustafa Billah Shah dan pemimpin negara dengan kata-kata kesat di Taman Cahaya Alam, Sesyen U12 di sini hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, perbuatan itu tidak patut berlaku sama sekali.

Iklan
Iklan

"Budaya biadab dan kesat semakin menjadi-jadi. Harap pemimpin jadi teladan. Rukun Negara kita perlu diamal: Kesopanan dan Kesusilaan.

"Kita kecam sekeras-kerasnya tindakan vandalisme ini," katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Mohamed Fadzil turut mengkritik perbuatan itu melalui ciapan di Twitter beliau.

"Saya harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dapat kenal pasti dan tangkap segera mereka yang merosakkan lukisan-lukisan ini," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, perbuatan vandalisme itu bukan sahaja merosakkan hasil kerja seni malah lebih teruk lagi ia juga satu penghinaan kepada Seri Paduka Baginda.

Menurutnya, mural hasil sentuhan tiga pelukis muda itu sebelum ini mendapat perhatian Seri Paduka Baginda yang berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan.

"Kerja jahat merosakkan mural berkenaan amatlah mengecewakan dan menyedihkan bukan sahaja kepada kita semua tetapi kepada pelukis muda tersebut kerana ia bukan mudah untuk dihasilkan, perlukan kreativiti, masa, keringat, jiwa patriotik dan kesabaran tinggi.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya sikap perosak atau 'vandalisme' ini," katanya dalam satu kenyataan.

Zahida berkata, pihaknya mendesak polis segera menjalankan siasatan hingga tertangkapnya si pelaku untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.

"Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya sama-sama menyokong dan menghargai bakat-bakat muda yang dapatkan menaikkan semangat patriotik seperti yang ada pada tiga pelukis tersebut," katanya.

Perbuatan vandalisme itu juga turut mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyuarakan kekecewaan menerusi ruangan komen tentang kejadian itu yang dikongsi di media sosial.

Ridhwan Rahim meminta agar tiada lagi mural Yang di-Pertuan Agong, negarawan atau ulama dibuat di tepi jalan kecuali di lokasi yang tinggi.

Katanya, mural seperti itu bagus kerana menonjolkan bakat pelukis yang tidak dapat disangkal tetapi apa yang mengecewakan apabila segelintir pengunjung tidak menunjukkan adab yang baik.

"Hormat raja, ulama, negarawan yang kita sanjung tinggi. Lebih baik tiada (mural) daripada kita sakit melihat vandalisme menghina (pemimpin) kesayangan negara," katanya.