SHAH ALAM - UMNO Bahagian Shah Alam mengutuk perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang telah menconteng mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta potret beberapa pimpinan negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, tindakan sebegini amat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara dalam menangani pandemik koronavirus (Covid-19).