Kanye West merapu, menangis ketika kempen pilihan raya

Iklan
West menangis ketika berkongsi rahsia keluarganya ketika kempen Charleston, South Carolina semalam. - Foto: Agensi

COLUMBIA - Penyanyi rap, Kanye West semalam melancarkan kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) di Charleston, South Carolina.

Ketika acara diadakan di sebuah dewan perkahwinan dan persidangan itu, West, 43, yang memakai ves kalis peluru tertera perkataan ‘keselamatan’ turut mengalirkan air mata ketika dia bercakap mengenai isu pengguguran anak.

Iklan
Iklan

Suami kepada selebriti terkenal, Kim Kardashian itu dengan selamba mendedahkan dia pernah menyuruh wanita itu menggugurkan anak sulung mereka, North.

Dia kemudiannya membongkar rahsia peribadi keluarganya.

Iklan

"Bapa saya juga pernah mahu menggugurkan saya, tetapi ibu menyelamatkan nyawa saya. Jika tidak, tidak akan ada Kanye West kerana bapa saya terlalu sibuk. Saya hampir bunuh anak saya!,” jeritnya secara tiba-tiba.

Rakaman ucapan merapu West turut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial malah ada yang khuatir dengan kesihatan mental lelaki tersebut.

Iklan

Selain itu, tindakannya itu juga mencetuskan tanda tanya sama ada kempen tersebut dilakukan secara olok-olok atau dia sememangnya mahu bersaing dengan Presiden Donald Trump pada November depan. - Agensi