Tidak guna ada akta kalau tidak dikuatkuasakan

Iklan
Vincent Chow Kok Wow

PASIR GUDANG - Kerajaan perlu memperketatkan akta dan undang-undang berkaitan alam sekitar termasuk pembuangan sisa kimia bagi mengelak pencemaran seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim di sini pada Mac tahun lalu.

Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Vincent Chow Kok Wow berkata, penggubalan akta atau undang-undang itu perlu disusuli dengan tindakan penguatkuasaan dan hukuman yang setimpal ke atas pesalah.

Iklan
Iklan

"Jika akta atau undang-undang baharu digubal tetapi penguatkuasaan tidak kuat tidak berkesan juga. Kita perlu serius tangani masalah ini kerana membabitkan nyawa manusia dan hidupan lain termasuk alam sekitar.

"Sungai-sungai di Pasir Gudang dan seluruh negara perlu ada satu sistem pengawalan secara menyeluruh. Takkanlah kita tidak sedar betapa kroniknya tahap sungai di kawasan industri di Pasir Gudang atau di Johor,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Iklan

Menurutnya, kerajaan dan pihak berkuasa perlu sedar kawasan lembangan Sungai Kim Kim sepanjang 15km itu yang padat dengan kawasan perindustrian berdekatan penempatan manusia termasuk taman perumahan, kampung tradisional serta kampung nelayan.

"Terdapat 274 buah kilang di sepanjang jajaran Sungai Kim Kim yang dikenal pasti penyebab masalah pencemaran sukar dikawal.

Iklan

"Sepatutnya, tiada kilang atau sebarang binaan diluluskan dalam jarak tertentu dari kedua-dua tebing sungai tersebut termasuk selepas mengambil kira ukuran dan keluasan sungai," katanya.

Vincent berkata, keadaan diburukkan lagi dengan sikap penduduk yang membuang sampah selain sistem pembentungan serta kumbahan yang tidak teratur dari kawasan setinggan berhampiran mengakibatkan Sungai Kim Kim semakin tenat.