Pelaku conteng mural perlu dikenakan hukuman berat

Iklan
Mural potret Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara di U12, Shah Alam yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KUANTAN - Hukuman berat perlu dikenakan terhadap pelaku yang menconteng mural potret barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak berkuasa perlu melakukan siasatan terperinci bagi mengesan pelaku kes vandalisme berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau kesal apabila potret pemimpin-pemimpin yang bersusah payah mengharungi cabaran dalam menangani penularan wabak koronavirus diconteng dengan kata-kata kesat.

"Pelaku perlu ditangkap segera dan dikenakan hukuman berat.

Iklan

"Bagi saya, tindakan pelaku amat keji dan tidak melambangkan budaya kita sebagai rakyat Malaysia," katanya melalui kenyataan dimuat naik di Facebooknya semalam.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelukis yang bertungkus lumus melakar potret pemimpin berkenaan.

Iklan

"Semoga ALLAH SWT membalas budi dan jasa kalian dengan sesuatu yang lebih baik," katanya.

Hari ini, tular di media sosial mural memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah diconteng dengan cat merah.

Selain itu, potret Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga turut diconteng.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelukis mural sedih, kecewa Artikel Penuh

Polis siasat kejadian conteng mural Agong, wira negara