Pelanggan redONE di Giant bakal nikmati pakej hebat

Iklan
Antara rakan niaga kiosk redONE yang hadir pada majlis perasmian di Pasaraya Giant Kuantan.

PELANGGAN redONE kini bakal menikmati tawaran hebat apabila berpeluang mendaftar pakej ‘phone bundle’ meskipun nama mereka disenarai hitam syarikat telekomunikasi.

Pengusaha Kiosk redONE di Pasaraya Giant Kuantan, Mohd Shahir Nazri, 34, berkata, pelanggan hanya perlu mendaftar RM68 sebulan (70GB) dengan bayaran pendahuluan selama empat bulan dan boleh membawa pulang telefon bimbit jenama Vivo Y11.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi telefon bimbit jenama Vivo Y15 pula, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak RM68 (70GB) selama empat bulan pertama dan tambahan RM100 bagi telefon bimbit mengikut terma dan syarat.

"Hanya redONE satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan kelebihan tersebut, meskipun disenarai hitam namun masih boleh membuat pendaftaran,” katanya selepas Majlis Perasmian Kiosk redONE di Pasaraya Giant Kuantan baru-baru ini.

Iklan

Hadir sama, Penasihat Kanan redONE Pantai Timur, Sulaiman Ahmad dan Pengarah Jualan redONE Pantai Timur, Steven Yong.

Sementara itu, Pengurus Saluran redONE Pahang, Mohd Nazmun Noor berkata, ejen terpilih layak menjadi rakan niaga redONE dengan peluang penajaan kiosk niaga di lokasi-lokasi terpilih.

Iklan

Beliau berkata, pada masa kini terdapat 86 kiosk redONE di Malaysia termasuk di Pahang iaitu Giant dan Kuantan Parade, Kuantan; Mydin dan Econsave Bandar Pusat Jengka serta TMG Mall Temerloh.