KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang dijangka siap pada jam 6 petang, esok.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan air akan disalurkan kepada pengguna selepas kerja pembaikan siap dan dijangka pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada 6 pagi, Khamis (23 Julai).