KUALA LUMPUR - Kerajaan memberikan jaminan tidak akan menaikkan tarif air dalam situasi rakyat terbeban dengan keadaan ekonomi dan situasi pandemik koronavirus (Covid-19) yang belum berakhir, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan akan menanggung kos itu bagi memastikan rakyat terus selesa berdepan situasi kritikal ketika ini.