Ubah lokasi pelancaran jersi dan pengenalan pemain Perak

Iklan

TANDA tanya dalam kalangan orang ramai khususnya penyokong bola sepak Perak terhadap pertukaran lokasi bagi Majlis Pelancaran dan Pengenalan Pemain Perak 2019 akhirnya terjawab apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui pihaknya melakukan kesilapan berhubung perkara berkenaan.

Ahmad Faizal berkata, pada peringkat awal pihaknya mengumumkan penganjuran majlis berkenaan bakal berlangsung di kawasan pekarangan Stadium Indera Mulia.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ia telah ditukarkan ke lokasi baharu iaitu di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), berikutan ada pihak lain yang akan menggunakan lokasi di pekarangan Stadium Indera Mulia pada tarikh berkenaan.

"Saya mengaku silap saya bila umum karnival lokasi di sebelah stadium Indera Mulia boleh kita adakan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain pemain Perak.

Iklan

"Tetapi pihak pengurusan sebenarnya telah pun menandatangani perjanjian dengan pihak lain untuk gunakan kawasan berkenaan, jadi kita terpaksa tukar venue pelancaran dan majlis perkenalkan pemain,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian bagi mengulas berhubung Majlis Pelancaran Jersi serta Pengenalan Pasukan Perak 2019 yang bakal berlangsung di Dataran MBI pada 26 Januari ini.

Iklan

Sementara itu Ahmad Faizal berkata, skuad The Bos Gaurus itu menyasarkan untuk memenangi semua pertandingan yang disertai musim ini.

"Sasaran kita adalah untuk memenangi semua pertandingan yg kita lalui, tetapi kita akan fokus kepada satu-satu perlawanan dan cuba yang terbaik untuk dapat kemenangan dan bawa pulang semua piala,” katanya.