GEORGETOWN- Polis sedang menunggu tempoh kuarantin anak kepada wanita Australia yang dilaporkan hilang sejak tiga tahun lalu untuk diambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan perbandingan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, anak lelaki kepada Jenkins Annapuranee yang tiba di negara ini sejak seminggu lalu kini sedang menjalani kuarantin kendiri di sebuah hotel di sini.
"Pakar patalogi akan mengambil sampel DNAnya pada 29 Julai untuk dianalisis sebelum diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dibuat perbandingan dengan DNA tulang yang ditemui itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Tambahnya, polis memohon agar proses analisis dan perbandingan sampel tersebut dipercepatkan kerana kes tersebut mendapat perhatian ramai termasuk di Australia.
"Sekarang ini, keputusan perbandingan DNA sahaja yang belum diperolehi. Oleh itu, kita minta agar ia dijalankan secepat mungkin.
"Sementara itu, gambar yang kita hantar untuk tujuan pengecaman barang milik mangsa antaranya pakaian, peralatan keagamaan iaitu salib dan lain-lain juga telah disahkan milik mangsa oleh keluarganya," katanya.
Sebelum ini, polis mengesahkan cebisan tulang yang ditemui di kawasan hutan tepi Race Course, Jalan Batu Gantung di sini merupakan tulang pinggul manusia.
Selain tulang tersebut, polis turut menjumpai baju, jaket, kad akses hotel serta beberapa barangan peribadi antaranya pakaian dalam, beg kecil, sebelah kasut, peralatan mandi dan cermin mata.
Polis mempercayai kesemua penemuan itu mempunyai hubung kait dengan kes orang hilang melibatkan wanita warga Australia yang dilaporkan hilang tiga tahun lalu.
Terdahulu, seorang wanita warga Australia dilaporkan gagal ditemui sejak keluar dari hotel penginapannya pada 13 Disember 2017.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Jenkins Annapuranee, 65, keluar dari bilik hotel untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus.
Dilaporkan, selepas selesai rawatan, wanita itu meminta pekerja klinik memesan perkhidmatan Uber untuk ke rumah kebajikan Little Sister of Poor, Batu Lanchang di Air Itam.
Laporan berkata, ketika dalam perjalanan, wanita itu meminta pemandu Uber memberhentikannya di lampu isyarat di Jalan Scotland.
Bagaimanapun, demi keselamatan, pemandu terbabit memberhentikan kenderaan dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrisha.
Selepas itu mangsa hilang hingga ke hari ini dan suaminya telah membuat laporan polis selain menawarkan ganjaran sekiranya mangsa dijumpai.
Ends.