Kapten Brazil, Dani Alves menyifatkan kepulangan, Neymar ke pangkuan Barcelona musim panas ini bakal menyaksikan gergasi La Liga itu termasuk pemain bintangnya, Lionel Messi kembali digeruni.
Alves berkata, kepulangan pemain berusia 28 tahun itu bakal membentuk gandingan mantap bersama Messi dan rakan-rakan sepasukannya yang lain di Nou Camp kelak.
Malah menurut Alves, perbincangan berhubung sebarang kemungkinan mengenai kepulangan Neymar itu juga pastinya ditunggu-tunggu oleh skuad Blaugrana itu.
"Satu-satunya pemain yang saya cuba yakinkan untuk kembali ke Barcelona adalah Neymar. Bagi saya, dia (Neymar) patut bergandingan sekali bersama Messi dan rakan-rakan sepasukan lain.
"Dia (sebelum ini) turut menerima tawaran yang besar daripada Real Madrid; tetapi saya berkata jika dia mahu gembira dia seharusnya menyertai Barcelona," katanya.
Untuk rekod, perpindahan Neymar ke Paris St Grmain (PSG) pada jendela perpindahan musim panas 2017 lalu telah mencatatkan rekod perpindahan termahal dan dia disifatkan cuba 'lari' daripada dibayangi Messi di Nou Camp.
Bagaimanapun katanya, biarpun Neymar pernah meninggalkan PSG sebelum ini kesebelasan Barca akan tetap mengalu-alukan kehadiran semula pemain berkenaan dalam kancah saingan La Liga kelak.
"Jika saya di tempatnya, saya pasti akan kembali ke Nou Campa, tanpa berfikir panjang kerana bagi saya tidak pernah fikir manusia membuat kesilapan setelah membuat kesilapan.
"Semua orang tahu Neymar mampu membantu Barca, Messi untuk kembali bergelar pasukan 'gergasi' bagi saingan La Liga dan juga di Eropah" katanya.
Sementara itu, Alves 37, yang pernah beraksi untuk Barca suatu ketika dahulu menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal kerana tidak berusaha untuk kembali ke Nou Camp setelah berhijrah ke pasukan lain sebelum ini.
Pemain berusia 37 tahun itu berkata, khabar angin berkenaan mula timbul sejak dia berhijrah ke Juventus pada 2016, PSG dan kini di Sao Paulo.
"Perkara seperti sering menjadi bualan hangat, tetapi tiada apa yang berlaku pada akhirnya," katanya.