Bayi dicampak atas bumbung kini stabil

Iklan
Dr Wan Norashikin (tiga dari kanan) bersama pegawai JKM ketika memeriksa SOP di Tadika Kinder Joy, di Jalan Raja Permaisuri Bainun hari ini.

IPOH - Seorang bayi lelaki yang dicampak di atas bumbung sebuah rumah di Taman Seri Dermawan, Bercham, di sini kini berada dalam keadaan stabil.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, bayi tersebut kini berada di dalam pengawasan pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Jabatan Kesihatan Perak dengan pemantauan pihak polis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memantau perkembangan bayi serta ibu kepada bayi tersebut bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik.

"Saya difahamkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan masih berada di hospital serta masih dalam siasatan pihak polis. Dalam kes seperti ini biasanya apabila keadaan agak okey, ia akan dirujuk kepada JKM kerana JKM ada tempat untuk menjaga bayi atau kanak-kanak seperti ini.

Iklan

"Ibu bayi tersebut juga sedang dipantau kesihatannya. Psikologi dan emosi ibu juga sedang dipantau kerana kita ada unit kaunseling yang akan membantu wanita bawah umur itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) di Tadika Kinder Joy, Jalan Raja Permaisuri Bainun, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penemuan seorang bayi lelaki di atas bumbung sebuah rumah di Taman Seri Dermawan, di sini pada 18 Julai lalu.

Iklan

Bayi malang tersebut bagaimanapun berada dalam keadaan kritikal pada keesokan harinya menggunakan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Wan Norashikin berkata, kerajaan akan memikirkan kesesuaian untuk menambah pelindung bayi (baby hatch) sedia ada di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan pelindung bayi ini.

"Baby hatch ini memang ada diselenggara oleh swasta atau NGO, namun kemudahan itu masih diperdebatkan dan kita tak bercadang untuk menyediakan lebih banyak kemudahan ini kerana seolah-olah kita nak menggalakkan orang buang bayi.

"Keutamaan kita adalah memastikan kes-kes pembuangan bayi tidak lagi berlaku. Kita akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan NGO dalam isu ini," katanya.

Di Perak, terdapat satu pelindung bayi disediakan di sebuah hospital swasta di Ipoh untuk orang awam meletakkan bayi di situ.