KELANA JAYA - Seorang lelaki berusia 42 tahun maut dipercayai dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Taman Putra Damai, Lembah Subang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil siasatan awal berdasarkan maklumat saksi awam, mangsa didatangi sekumpulan lelaki antara enam ke tujuh orang dan menariknya keluar rumah sebelum dipukul dibelasah.
"Menurut saksi, mangsa sedang tidur di rumah didatangi lebih kurang enam ke tujuh lelaki dan menariknya keluar serta dibelasah sehingga ke kawasan parkir di hadapan Blok G.
"Apabila tiba di kawasan parking Blok G, penduduk telah membuat bising dan kumpulan lelaki yang memukul mangsa telah melarikan diri menaiki menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak.
"Saudara kepada mangsa kemudiannya telah mengangkat mangsa dari kawasan parkir ke lobi Blok G. Ketika itu menurutnya, mangsa yang juga mengidap asma masih lagi bernafas tetapi tersekat-sekat," katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam pada itu, Mohd Zani berkata, pasukan Task Force Balai Kelana Jaya serta pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima aduan mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Setakat ini, pihak polis telah menahan reman dua suspek bagi membantu siasatan kes terbabit.