MELAKA - Seorang tukang masak mencari isterinya warganegara Indonesia dikenali sebagai Eva Laila yang telah menghilangkan diri bagi menyelesaikan urusan penceraian mereka di mahkamah.
Abdul Haimin Md Shah, 35, berkata, dia bernikah dengan isterinya yang berusia 31 tahun itu sejak empat tahun lalu di Jangkang, Indonesia dan kemudian mendaftarkan perkahwinan mereka di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).