Bergkamp bangga rekod Arsenal

Iklan
Bergkamp (tiga, kiri) bersama rakan-rakan sepasukan Arsenal.

BIARPUN telah bersara, lagenda Arsenal Dennis Bergkamp tetap berbangga dengan rekod tanpa kalah yang dicatatkan skuad The Gunners itu pada musim 2003/04 lalu hingga menerima gelaran The Invicibles.

Menurut Bergkamp, kejayaan itu nyata satu pencapaian cemerlang dan agak sukar untuk disaingi oleh mana-mana pasukan sekali pun.

Iklan
Iklan

"Perkataan invicibles ini sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Ia seperti bila anda mahu beraksi di padang dan anda tahu akan menang, cuma bagaimana dan berapa jumlah gol yang dijaringkan.

"Apabila anda melihat keadaan bilik persalinan pasukan, anda akan terfikir, hebatnya pasukan ini," katanya.

Iklan

Untuk rekod, setelah berhijrah ke Arsenal daripada Inter Milan pada 1995, Bergkamp mula menjadi pemain kegemaran penyokong dan sepanjang 11 musim di Emirates.

Selama tempoh berkenaan, Bergkamp telah membantu skuad The Gunners itu memenangi tiga gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tiga Piala FA Inggeris.

Iklan

Malah, Bergkamp juga berada dalam kesebelasan Arsenal yang mencatatkan rekod tanpa kalah selama semusim dalam saingan EPL atau digelar Invicibles pada musim 2003/2004 lalu.

Sementara itu, Bergkamp mengakui dia dapat merasakan satu perasaan yang hebat apabila mengetahui skuad The Gunners itu berjaya kekal sebagai pasukan yang mencatatkan rekod tanpa kalah dalam semusim setakat ini.

"Setiap tahun, ia membuatkan saya merasa bangga. Ia satu pencapaian yang cukup luar biasa. Kami (pemain) juga adalah sahabat. Kami biasaya pergi makan malam bersama atau mengunjungi rumah seseorang pemain dengan membawa isteri dan teman wanita masing-masing.

"Mungkin anda memerlukan sepasukan rakan-rakan untuk berjaya. Ia satu masa yang cukup hebat dan menjadi sejarah. Ia sukar untuk dicabar walaupun ada pasukan seperti Manchester City dan Liverpool yang cuba berbuat demikian, namun akhirnya mendapati ia memang sukar," katanya.