APMM rampas bubu naga
Iklan
Antara bubu naga yang dirampas di perairan Batu Musang semalam.
GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas peralatan menangkap ikan yang dipercayai bubu naga yang dipasang di perairan Batu Musang di sini semalam.
Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, rampasan itu dibuat oleh anggotanya yang sedang melakukan rondaan Op Benteng Laut pada jam 10 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penggunaan bubu naga adalah dilarang dan pihaknya seterusnya bertindak merampas 15 unit bubu naga tersebut.
"Kesemua bubu naga berkenaan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk disiasat di bawah Seksyen 11(3)(a), Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan dengan cara menggunakan atau mengendalikan peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen yang sah.
Iklan
"APMM memandang serius kesalahan ini kerana penggunaan peralatan bubu naga secara haram iaitu melebihi dua injap boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain memerangkap anak ikan komersial sekali gus mengakibatkan kesan buruk kepada sumber laut dan nelayan pantai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Hamizan berkata, orang ramai diminta melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>