WASHINGTON - Seramai 14 cedera dalam insiden tembakan di Chicago semalam dan kesemuanya kini dirawat di hospital, lapor agensi berita Sputnik memetik Timbalan Penguasa Polis Chicago, Eric Carter.
Laporan awal mengatakan 11 cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.30 malam di 1000-blok West 79th Street, lokasi berlangsungnya upacara pengebumian.