Jawatankuasa selesaikan isu 46 hospital daif seluruh negara

Iklan
Fadillah Yusuf. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Satu jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu 46 hospital daif di seluruh negara.

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa itu yang dipengerusikan Kementerian Kesihatan (KKM) ditubuhkan dua minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat pertama diadakan bagi membincangkan hala tuju," katanya.

Beliau berkata, hospital daif yang berusia 50 tahun ke atas diberi perhatian kerana berdepan dengan risiko kebakaran.

Iklan

"Setakat ini kita membuat kajian bahawa hospital berumur 50 tahun perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana terdedah dengan risiko lain," katanya.

Fadillah berkata, proses tersebut memerlukan dana peruntukan.

Iklan

"Selain itu, ia juga berdepan dengan cabaran kerana tempat yang kecil dan perlu membuat pemindahan sementara dan sebagainya.

"Insya-ALLAH kita akan cari penyelesaian secepat mungkin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai 46 hospital daif yang berumur 50 tahun ke atas.

Terdahulu dilaporkan hospital tersebut berisiko berlaku kejadian tidak diingini terutama kebakaran.

Perkara itu turut disahkan dua bekas menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Dr S Subramaniam dan mengakui isu itu mendapat perhatian serius mereka semasa menerajui Kementerian Kesihatan.