Skim gaji graduan STEM terlalu rendah

Iklan
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menjalankan kajian mengenai penambahbaikan skim gaji graduan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang berkhidmat di sektor awam atau swasta.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa ini, gaji pemula yang ditawarkan adalah terlalu rendah antara RM1,500 hingga RM2,000 berbanding dengan kemahiran yang dimiliki.

Iklan
Iklan

Menurutnya, MOSTI akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menilai perkara itu.

Beliau berkata, MOSTI melalui dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 akan mengukuhkan perkongsian sektor awam-swasta.

Iklan

"Laluan kerjaya dan imbuhan untuk menjadikan STEM sebagai kerjaya pilihan utama melalui penggubalan polisi berkaitan penetapan gaji wajar untuk pekerjaan berkaitan STEM akan ditambah baik.

"Kita juga akan terus mengukuhkan mekanisme menyokong keusahawanan-tekno dengan menggalakkan penglibatan graduan STEM dalam keusahawanan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran pekerjaan,” katanya pada Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini hari ini.

Iklan

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) mengenai langkah bagi menarik minat golongan muda dalam bidang STEM.

Menurut Khairy, MOSTI turut mewujudkan pendekatan bersepadu dalam pemetaan kerjaya STEM termasuk melihat pekerjaan yang berpotensi wujud dalam bidang tersebut pada masa hadapan.

Katanya, DSTIN mensasarkan pembangunan satu direktori penawaran dan permintaan bakat STEM yang komprehensif untuk rujukan majikan dan pencari kerja.

"Kita akan padankan dengan lebih baik lagi,” ujarnya.