PASIR MAS - Pengusaha pembuatan pedang Saiful Azhar Abd Deraman, 26, menunjukkan sebahagian jenis pedang yang dihasilkan seperti Buaya Berenang, Pedang Melayu dan Samurai ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Jejulok dekat Slow Machang di sini.
Selain mahir membuat pedang, beliau turut mahir membuat pisau dan golok hasil"berguru" dengan abangnya, Mohd Fadzil, 43, sejak dua tahun lalu. Kini beliau mampu menghasilkan pelbagai pedang termasuk pedang dinamakan Buaya Berenang, Krabi, Samurai, Jenawi Sukma, pedang Rotan, Sundang Lipah dan Pedang Melayu. - Foto Bernama