KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggunakan nama Makcik Kiah membeli Myvi dan Encik Hong membeli Mercedes Benz S560 ketika menjelaskan mengenai insentif kerajaan untuk pembelian kereta.
Contoh nama yang digunakan itu mendapat bantahan Khalid Samad (PH-Shah Alam) yang mempersoalkan kenyataan tersebut sebagai stereotaip rasis.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun Mohamed Azmin membalas, ianya hanya sebagai satu contoh.
"Saya boleh tukar, satu lagi contoh sekiranya Encik Khalid guna Mercedes-Benz," katanya yang membuatkan ahli Parlimen lain tertawa.
Ong Kian Ming (DAP-Serdang) kemudian menambah bahawa contoh stereotaip perkauman tidak perlu digunakan.
"Tak perlu la stereotaip, Cina beli Mercedez, Melayu beli Myvi, ini beri gambaran yang kurang tepat," katanya.
Artikel Berkaitan