Polis gempur premis judi
Iklan
Petugas TNB dengan pengawasan anggota polis memotong bekalan elektrik di premis judi sekitar bandaraya ini pagi semalam. (Gambar kecil: Mohd Redzuan Salleh)
ALOR SETAR - Polis menggempur premis judi dalam talian yang aktif sekitar daerah ini dengan melakukan pemotongan bekalan elektrik bagi menghentikan segera aktiviti berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, sebanyak 53 buah premis judi telah dilakukan pemotongan bekalan elektrik sejak Januari hingga semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan pemotongan diambil selepas dilakukan serbuan dan tangkapan terhadap individu yang menjalankan kegiatan terbabit.
"Operasi ini dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Setar.
Iklan
"Sebanyak 10 buah premis lagi dipotong bekalan elektrik dalam operasi semalam di bawah peruntukan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mohd Redzuan berkata, operasi terbaharu itu dijalankan selama dua jam sekitar bandar raya ini pagi semalam.
Iklan
"Tindakan memotong bekalan elektrik adalah salah satu langkah yang diperuntukkan undang-undang bagi memastikan kegiatan judi dapat dihentikan. Tindakan berterusan akan dibuat bagi memastikan kegiatan ini dapat dihentikan sepenuhnya,” katanya.
Katanya, pihaknya akan terus konsisten mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana premis yang dikesan terlibat dengan aktiviti perjudian.
"Kami turut mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai berkaitan kegiatan ini,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam