PRU15: Tumpu peranan media sosial, pengaruh pengundi luar

Iklan
Najib pada program Sinar Live Apa Khabar Bossku? di Studio F di Kumpulan Karangkraf hari ini.

SHAH ALAM - Peranan media sosial dan pengaruh pengundi luar akan diberikan perhatian terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua aspek itu amat penting dan ia terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini lalu apabila Barisan Nasional (BN) menang.

Iklan
Iklan

"Ketika itu kita tak dapat berceramah, semua dihadkan jadi kita gunakan media sosial lebih daripada biasa termasuk wujud kumpulan Facebook ABC (Aku Budak Chini) yang pengikutnya seramai 15,000 dan terdiri daripada ramai pengundi luar.

"Kita buat banyak 'engagement' dengan pengundi luar ini dan pada hari mengundi mereka ini terpa depan kita. Ini bermakna mesej kita sampai," katanya pada Sinar Live Apa Khabar Bossku? di Studio F di Kumpulan Karangkraf hari ini.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, justeru ini satu aspek bila sampai pada pilihan raya nanti (PRU15) akan jadi satu new battlefield.