MELAKA - Persidangan kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 kembali gamat ketika sesi perbahasan ucapan perasmian pembukaan penggal pertama di Ayer Keroh, di sini, hari ini susulan isu lompat parti dilontarkan oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chin mengaitkan isu pengkhianatan atau melompat parti dalam dewan itu hingga menyebabkan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis bangun membidas dengan mengatakan bahawa peraturan mesyuarat bukan untuk membincangkan perkara yang tiada kaitan.