Zoo Taiping pergiat R&D biak spesies terancam

Iklan
Zoo Taiping menerima kelahiran dua anak orang utan pada Disember 2019 dan Februari 2020 lalu.

TAIPING - Zoo Taiping & Night Safari akan menumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam program pembiakan spesies haiwan terancam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, kajian berterusan terhadap usaha melindungi dan memelihara hidupan itu perlu dilakukan bagi memastikan spesies haiwan terancam dapat diselamatkan.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini kita ada bercadang untuk buat pengambilan beberapa spesies yang hampir pupus bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

"Spesies sebeginilah yang akan kita buat pembiakan di sini dan ia bukan satu kerja mudah, tetapi perlukan penelitian serta penjagaan cukup rapi termasuklah kajian-kajian dari Zoo Taiping sendiri," katanya kepada pemberita sempena kejayaan program pembiakan haiwan di Zoo Taiping & Night Safari di sini hari ini.

Iklan
Khairul Amir (kiri) bersama Pengarah Zoo Taiping & Night Safari, Dr Kevin Lazarus pada sidang akhbar sempena pelancaran pertandingan menamakan anak orang utan.

Menurutnya, salah satu spesies yang terlibat dalam program pembiakan berkenaan ialah kambing gurun.

"Untuk spesies ini, kita banyak bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam membuat sangkar-sangkar di sekitar kawasan terancam.

Iklan

"Memang kita lakukan perangkap di situ dan ada yang berjaya, insya-ALLAH usaha ini akan dilakukan secara berterusan," katanya.

Sementara itu, Khairul Amir berkata, sebanyak empat spesies haiwan tempatan dibiakkan dan dilahirkan di Zoo Taiping & Night Safari dalam tempoh setahun mulai pertengahan tahun lalu.

Katanya, haiwan berkenaan ialah empat ekor anak anjing hutan atau serigala dengan nama saintifiknya red dhole@cuan alpinus, dua ekor anak orang utan (pongo pygmaeus), dua anak gajah Malaysia (elephas maximus hirsutus) dan burung botak upeh (mycteria cineria).

"Pihak zoo sering bekerjasama dengan zoo lain sama ada dalam Malaysia atau luar negara bagi menjayakan program pembiakan dan konservasi haiwan.

"Seperti pada 21 Julai lalu, zoo ini telah menerima seekor lechwe jantan dari Zoo Negara dan tiga ekor lechwe betina dari Zoo Melaka," katanya.

Dalam majlis itu, Khairul Amir turut menyerahkan Sijil Pengesahan Pematuhan Garis Panduan Amalan Baik Produk Pelancongan Negeri Perak pasca Covid-19 kepada pengurusan Zoo Taiping & Night Safari.